Thursday, September 16, 2010

Mencari cinta

  Puluhan tahun si anak di buai dan dibelai oleh cinta selain ALLAH umpama seorang anak yg dipelihara oleh ibu angkatnya. Hati,pemikiran,perasaan bahkan jiwa telah diserahkan seluruh dan sepenuhnya kepada " CINTA ANGKAT" itu. "CINTA ANGKAT" itulah yg mendodoikannya sejak dia dalam kandungan ibu, di dalam buaian,di rumah, sekolah,dalam masyarakat dan diseluruh persekitarannya. Pancaindera sepenuhnya berinteraksi dan berkomunikasi dengan cinta itu semata-mata. Dan pada ketika itu manusia yakin sepenuhnya bahawa "cinta angkat" itulah cinta sejati kita.
  Ada manusia yg bernasib malang- lahir,dibesarkan dan akhirnya mati dalam keadaan tidak menemui cinta yg sejati.Ada juga yg bernasib baik,tiba-tiba arus kesedaran melanda.Embun hidayah melimpah dengan tiba-tiba.Lalu tersentaklah dia bahawa cinta itu bukan cinta yg sejati. Ada cinta yg lebih hakiki. Itulah cinta ALLAH. Dia pun mencari cinta itu,seperti anak angkat yg mencari ibunya yg sejati. Lalu dia menemuinya menerusi pengajian, melalui pembacaan,menerusi lidah para dai dan melalui tarbiah para ulama' amilin.....
  Srjak itulah, dai mengetahui bahawa ALLAH itulah cinta yg sejati dan hakiki. Namun, semuanya masih di daerah ilmu, bukan di daerah rasa. Dia tahu ALLAH wajib dicintai,tetapi hatinya tidak merasai. Aduh, malangnya! Akal sudah tahu, hati masih tidak mahu!
  Apa yang perlu dibuat pada hati yg begitu? Tidak ada lain, kita mesti mengubat dan merawatnya. Samalah seperti fizikal yg sakit, ia perlukan ubat dan rawatan. Oleh kerana fizikal kita berasal daripada TANAH, maka ubatnya pun mesti berasal daripada tanah.
  Namun hati adalah soal rohani,ia bukan berasal daripada TANAH. Jadi ubat dan penawarnya bukan dari TANAH. Tetapi ubat bg hati adalah dengan kembali kepada asalnya,yakni kembali dekat kepada ALLAH. Hati yg dekat kepada ALLAH akan tenang dan sihat semula.Ia telah kembali kepada fitrahnya. Itulah ubat hati.
  Namun jalan kesitu bukan mudah. Itu perlukan bukan semata-mata ilmu tetapi mujahadah dan riadah(latihan) jiwa yg istiqamah. Ubat sakit fizikal selalunya pahit. Rawatan sakit fizikal juga perit. Tetapi oleh kerana inginkan badan yg sihat kita rela menelannya. Kita rela berpantang, menahan daripada makan makanan yg berkolestrol, lemak, manis, masin walaupun itu semua kesukaan kita. Kita ikut semua nasihat doktor. Berlari, bersenam dan mengawal stress....kita ikuti, patuhi walaupun berat kerana inginkan sihat..

                                                                                                                                            SOLUSI isu 23

No comments:

Post a Comment