Saturday, September 18, 2010

kehilangan insan yg sangat dikasihi

                                          Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah utk beliau
                                          agar rohnya di cucuri Rahmat Allah s.w.t............

                                          suasana pengebumian Al marhum Ust Dahlan yg sangat
                                          di kasihi..................

Thursday, September 16, 2010

Doa Anak yg Soleh Akhiri Derita Ibubapa

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak
lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah
masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah. Wallahu a'lam bissowabb..

mencari cinta

DUA CINTA TIDAK PERNAH BERSATU

Cinta Allah dan Cinta maksiat...
Cinta jihad dan Cinta kehidupan...
Cinta pengorbanan dan Cinta kekayaan...
Cinta kebenaran dan Cinta kepemimpinan...
Cinta perdamaian dan Cinta balas dendam...
Cinta perbaikan dan Cinta keselamatan...
Cinta perjuangan dan Cinta kesenangan...
Cinta keadilan dan Cinta penindasan...
Cinta bangsa dan Cinta kezaliman...
                                                         Cinta kebaikan dan Cinta penipuan...

CINTA ABADI

SAHL BIN ABDULLAH berkata, "Tanda cintakan Allah adalah cintakan al-quran. Tanda cintakan al-quran adalah cintakan Nabi s.a.w. Tanda cintakan Nabi s.a.w. adalah cintakan sunnah Baginda. Tanda cintakan sunnah Rasul adalah cintakan akhirat. Tanda cintakan akhirat ia adalah tidak mencintai diri sendiri. Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia. Dan tanda membenci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup."

Mencari cinta

  Puluhan tahun si anak di buai dan dibelai oleh cinta selain ALLAH umpama seorang anak yg dipelihara oleh ibu angkatnya. Hati,pemikiran,perasaan bahkan jiwa telah diserahkan seluruh dan sepenuhnya kepada " CINTA ANGKAT" itu. "CINTA ANGKAT" itulah yg mendodoikannya sejak dia dalam kandungan ibu, di dalam buaian,di rumah, sekolah,dalam masyarakat dan diseluruh persekitarannya. Pancaindera sepenuhnya berinteraksi dan berkomunikasi dengan cinta itu semata-mata. Dan pada ketika itu manusia yakin sepenuhnya bahawa "cinta angkat" itulah cinta sejati kita.
  Ada manusia yg bernasib malang- lahir,dibesarkan dan akhirnya mati dalam keadaan tidak menemui cinta yg sejati.Ada juga yg bernasib baik,tiba-tiba arus kesedaran melanda.Embun hidayah melimpah dengan tiba-tiba.Lalu tersentaklah dia bahawa cinta itu bukan cinta yg sejati. Ada cinta yg lebih hakiki. Itulah cinta ALLAH. Dia pun mencari cinta itu,seperti anak angkat yg mencari ibunya yg sejati. Lalu dia menemuinya menerusi pengajian, melalui pembacaan,menerusi lidah para dai dan melalui tarbiah para ulama' amilin.....
  Srjak itulah, dai mengetahui bahawa ALLAH itulah cinta yg sejati dan hakiki. Namun, semuanya masih di daerah ilmu, bukan di daerah rasa. Dia tahu ALLAH wajib dicintai,tetapi hatinya tidak merasai. Aduh, malangnya! Akal sudah tahu, hati masih tidak mahu!
  Apa yang perlu dibuat pada hati yg begitu? Tidak ada lain, kita mesti mengubat dan merawatnya. Samalah seperti fizikal yg sakit, ia perlukan ubat dan rawatan. Oleh kerana fizikal kita berasal daripada TANAH, maka ubatnya pun mesti berasal daripada tanah.
  Namun hati adalah soal rohani,ia bukan berasal daripada TANAH. Jadi ubat dan penawarnya bukan dari TANAH. Tetapi ubat bg hati adalah dengan kembali kepada asalnya,yakni kembali dekat kepada ALLAH. Hati yg dekat kepada ALLAH akan tenang dan sihat semula.Ia telah kembali kepada fitrahnya. Itulah ubat hati.
  Namun jalan kesitu bukan mudah. Itu perlukan bukan semata-mata ilmu tetapi mujahadah dan riadah(latihan) jiwa yg istiqamah. Ubat sakit fizikal selalunya pahit. Rawatan sakit fizikal juga perit. Tetapi oleh kerana inginkan badan yg sihat kita rela menelannya. Kita rela berpantang, menahan daripada makan makanan yg berkolestrol, lemak, manis, masin walaupun itu semua kesukaan kita. Kita ikut semua nasihat doktor. Berlari, bersenam dan mengawal stress....kita ikuti, patuhi walaupun berat kerana inginkan sihat..

                                                                                                                                            SOLUSI isu 23

Thursday, September 9, 2010

sambungan..........

.......tiada siapa yg berani memetiknya.....
hanya pemuda yg benar-benar hebat sahaja
                      yg mampu......

Mungkin jodoh bukan di dunia........
                      Tapi di akhirat...
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan.........
CINTA ILLAHI mengiringinya.........