Sunday, December 12, 2010

WANITA FITRAHMU.......

wahai gadis... ...
wahai Nisa
kaum Hawa
Adanya kau sebagai penyeri,
Sikap,motivasi sokongan kau mendamaikan hati...
Hai!Hawa,
Penciptaanmu dari kebosanan,
Khalifah yang keseorangan
Tanya malaikat
"Untuk apa kau diciptakan"
Spontan jawab khalifah itu
Untuk mendampingimu
beri bahagia kepadaku
dan mengisi kebuntuan hidupku
sesuai dengan kehendak Illahi"
Itulah tujuan fitrah penciptaan kau.
Wahai adik dan kakakku
cantikmu sementara
Remajamu seketika
Cerah kulitmu pasti hilang
Gebu tubuhmu pasti gendut
Indah sinar matamu pasti sama
Keayuanmu pasti layu
Kerana fitrah dunia ini sememangnya fana
Jangan kau hirau cantik kau yang fana ini
Hiraukanlah rupa kau di hari pengiraan
Jika bahagia keputusan hisab kau
Keindahan dan kecantikan kau
Lebih dari bidadari syurga
Latihlah bidadari dunia

Wahai ibuku,
Kau pendidik,pengajar paling berkuasa
Anak-anakmu pasti menggegarkan dunia
Hasil dari didikan kau yang sempurna
Didiklah aku untuk diredhai Illahi
Didiklah aku untuk bina jati diri agar tidak dijajah lagi
Dengan budaya penyerah sejahtera
Guna keperibadianmu,ilmu dan ketokohanmu ibu.

Perempuan,
Pergaulan,peradaban dan tatasusilamu
Amat membimbangkan golongan yang ambil peduli
Mereka penat menggunakan kes dan hal ehwalmu
Mereka letih menguruskan pembukaanmu dari dieksploitasikan
Manusia berhati binatang
Kerisuan terhadap kau juga diperlihat
Rasulullah junjungan yang menyebut Nisa,
Nisa,Nisa di ambang kewafatannya.

Sayangku,
Sedarlah.Bangkitlah!bangunlah!
Dari fantasia ciptaan kau
Lakukan,berjuanglah dan berkorbanlah
Untuk kebahagiaan Dunia Akhirat
Itulah jihad kau sekarang... ... ...

NAFAS BARU 2

JAWABI



Telah kami hamparkan tikar kurnia
Tapi, siapakah yang datang bertanya?
Telah kami rentangkan jalan raya kemuliaan
Tapi, siapakah yang bersegera untuk melaluinya
Sungguh cahayanya telah kami pancarkan bersama kilaunya
Tetapi permata tidak menyambut sari cahaya dirinya
Seakan akan sejemput tanah ini,
Tidak terjadi dari tanah Insaniah yang pertama

Benarkah kamu telah bersedia dizaman baru
Menjadi Abid Allah tentera Muhammad
Dan menjadi permata berlian menyinar cahaya kebenaran

Sedangkan pelupuk mata mu telah berat
Buat menyambut cahaya subuh dengan takbir
Seakan-akan jiwamu turut tidur bersama pelupuknya

Apakah bezanya terang siang dengan gelap malam
Bagi orang yang berdengkur ditengahhari?

Apakah bezanya Ramadhan menjelang
Bagi jiwa yang tidak dimerdekakan

Jika tidak terbentang suasana indah di langit
Maka bulan pun tidaklah sanggup  memancarkan keindahannya

Lihatlah Mesjid Allah,
Siapa yang meramaikannya
 Kalau bukan orang-orang miskin

Kemana menghilangnya alunan Zikir
Kemana perginya Tahmid dan Takbir

Adapun yang kaya mabuk dalam kelalaian dan menolak seruan
Kekuatan semangat tidak ada lagi
Dalam susunan katamu yang telah basi
Ajaran yang diberi tidak lagi menarik hati

Kalaulah tidak ruh Bilal yang masih ada di dalamnya
Azan itu sendiri pun telah kehilangan keindahannya

Masjid mu telah mati kerana kekurangan saf-saf
Mihrab mu terbiar kerana kematian Iman
Mimbarmu berlumut dan menimbulkan jemu

Tatapilah rumahmu
Penuh dengan alat kebanggaan
Dengan pangkat dan gelar-gelar,
Tun, tan sri, dato’ dan lainnya
Namun aku tak berjumpa Muslim didalamnya

Aku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup!
membangunkan zaman yang baru
Memperbaharu kekuatan Iman
Menyalakan pelita hidayah
Menyebarkan ajaran Khatimul Anbiya
Agar cahaya ini kembali bersinar
Dan permata menyambut serinya

Hai orang yang mengadu
janganlah mengeluh sedih, janganlah menangis sedu,
melihat lengang kebun cahayamu
Kerana pagi telah terhampar bersih
Dan kembang-kembang telah menyebarkan harumnya
kumbang dan lebah telah mulai berdengung mengedar

dimulut kuntum,  tak kah kau lihat langit,
alangkah jernihnya,  tak kah kau lihat ufuk,
Bukankan Rabbmu pernah menjanjikan
Hari yang baru telah pasti datang
dan mentari akan hadir dengan cahaya gemilang.

Dan pandang pulalah ke bumi
tidakkah engkau lihat satu kaum memetik buah
Banyak pula  pohon kurma yang telah tiba masa berbuah
Dan benih-benih yang baru bergerak di pelipis bumi,
Memecahkan sendiri tempurungnya,
Melonjakkan tunas untuk  menggapai cahayanya
Setelah disiram dengan kebenaran dan dibajai dengan Iman
Dia akan tumbuh dan subur menyeri alam
dan dunia mendapat nafas baru di bawah naungan cahaya semalam